Tuesday 28 February 2012

Pertindihan bidang kuasa Mahkamah..


Mahkamah telah memutuskan bahawa permohonan pengangkatan anak tersebut diluluskan. Mahkamah juga telah membenarkan anak angkat tersebut dibinkan kepada ayah angkatnya iaitu Mohd Syazwan Bin Abd Basri. Setelah proses pendaftaran dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara. 

..baca seterusnya

Info...

Trend bakal pengantin @ tunang yang mengambil gambar bersama hingga ada yang berpegang tangan & pelbagai aksi lain, sebahagiannya seolah sudah berkahwin adalah HARAM di sisi Islam. Menjadi FOTOGRAPHER profesional yang menawarkan khidmat terbabit juga adalah pendapatan yang TIDAK BERSIH lagi haram. Jika sudah bernikah secara sah lalu gambar diambil sebagai koleksi kenangan peribadi SAHAJA yang dibenarkan. Jangan rosakkan keberkatan rumahtangga dengan aktiviti TIDAK BERKAT ini.

budaya fitnah suatu kebiasaan akhir zaman

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fi tnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fi tnah. Tidak masuk syurga! Jika tidak masuk syurga ke nerakalah tempatnya. Tidak ada istilah ‘duduk di tengah-tengah’ bagi mereka yang melakukan kejahatan.
..baca selanjutnya

Allah Maha Besar..



Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang entah dari mana, membakar lelaki ini. AllahuAkbar!

Doa..

Sama-sama kita berdoa :" Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan" [Zaharuddin.net]

"Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.

1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya". (HR Bukhari dan Muslim)



2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (HR Ibnu Majah)

3. Doa selepas solat fardhu
"Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu" (HR Al-Tirmizi)

4. Doa di dalam sujud
"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan" (HR Muslim)
"Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa" ( HR Muslim )

5. Sesaat pada hari Jumaat
"Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (HR Bukhari dan Muslim)

6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83)

8. Doa antara Azan dan Iqamah
"Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)

9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).




Monday 27 February 2012

Kaunter Perkhidmatan IPGK Gaya

Jika peserta PPG ada sebarang urusan dalam apa juga berkaitan dengan IPG..sila berhubung dengan Kaunter Perkhidmatan yang terletak di Pejabat Pengurusan IPGK Gaya untuk dapatkan maklumat dengan siapa perlu berhubung..

Kad Matrik @ Tag Nama

makluman dari Koperasi IPGK Gaya yang mengurus Kad Matrik dan Tag Nama bahawa kesiapannya akan diusahakan selepas cuti 1 minggu sem 1 nanti. Kepada yang berdekatan boleh ambil terus di Koperasi.

Elaun-elaun...

untuk makluman peserta PPG, pakej yang ditawar HANYA untuk belajar sahaja! Tiada apa-apa elaun yang layak dituntut.
Namun pihak IPGM sedang berusaha untuk peserta PPG layak menuntut baucer buku BR1M RM200, HEP IPGK Gaya akan maklumkan dari semasa ke semasa.

Blog ppg2u di telefon bimbit anda..

sekarang anda boleh melayari blog ppg2u.blogspot.com di telefon bimbit anda yang menyokong aplikasi java dan yang serasinya dengannya untuk capaian maklumat terkini walau anda berada di atas bot sekalipun..

Sunday 26 February 2012

Tugasan pada Interaksi 1

Pn. Hamidah:

Tugasan kepada setiap peserta PPG untuk mencari dalam maksud Al-Quran atau Al-Hadis mengguna pendekatan Induktif, Deduktif dan Eklektik, akan hantar pada interaksi 2, jika siap sudah drafnya, boleh juga emel ke Pn. Hamidah untuk di komennya..


Mr. Henry Goh:
(hryg@hotmail.com)

Tugasan berkumpulan (3 orang) merungkai permasalahan literasi sebagaimana soalan yang telah diedarkan.
Gunanakan apa sahaja analogi yang ada logikanya dalam penyelesaian masalah yang diberi

Selamat sudah interaksi 1, akan menyusul interaksi 2

Interaksi 1, 25 Feb 2012 bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang dgn 1 break jam 1.00 ptg - 2.00 ptg..kafe IPGK Gaya tidak beroperasi hari ini dengan alasan 'kurang pelanggan'..
Imej ini adalah suasana pada interaksi 1, tahniah kepada guru yang dapat hadir semoga kalian mampu bertahan hingga ke 'akhir'nya..jika anda mampu hari ini, menunjukkan anda juga mampu untuk 'esok'nya insyaAllah...










Pn. Hamidah menggalas tanggungjawab fasi bagi subjek Pedagogi Pendidikan Islam yang banyak membicara kurikulum, strategi, pendekatan dan kaedah penyampaian..