Dimaklumkan bahawa interaksi ppg sesi Jun-Nov 2012 yang dijadual akan bermula pada bulan Jun telah ditunda ke bulan Julai.
Kemungkinan besar interaksi pertama akan bermula pada 7 Julai 2012.
Ini adalah kerana tutorial tambahan akan cuba dilaksana untuk
pelajar yang gagal pada bulan Jun kerana peperiksaan ulangan dijadual
bermula 5 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012.
Saya akan membentang
perubahan jadual interaksi dan setelah mendapat kelulusan dari
pengurusan, saya akan emel kepada tuan dan puan. Mohon tunggu untuk
tempoh masa seminggu lagi.
Keputusan peperiksaan akan dibentang oleh setiausaha peperiksaan
pada 22.6.2012 di IPGK Gaya dan beliau akan bentang sekali di majlis
senat IPGM Cyberjaya pada 28.6.12 (terlalu dekat dengan peperiksaan
ulangan). Saya akan cuba dapatkan kebenaran untuk maklumkan pelajar
keputusan peperiksaan setelah dibentang di IPGK Gaya pada 22.6.2012
namun ianya bergantung kepada kelulusan pengurusan. Kebiasaannya setelah
dibentang di majlis senat barulah ianya dianggap keputusan rasmi secara
mutlak.
Semasa menghadiri mesyuarat ppg di Kuala Lumpur hujung bulan lepas,
kami diperlihatkan sistem keputusan peperiksaan secara online yang
dijangkan akan dilaksana sepenuhnya dalam tempoh masa sebulan atau dua.
Sistem tersebut masih melalui percubaan. Sekiranya dilaksana sepenuhnya
nanti, kesemua pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan penuh
setiap semester dengan menggunakan no kad pengenalan dan no kad pelajar.
Sila hubungi saya sekiranya ada pertanyaan. Jikalau anda telefon dan
saya tak dapat jawab, ini mungkin disebabkan saya tengah mesyuarat.
Sila sms atau emel.
Info dari Penyelaras PPG IPGK Gaya
Wednesday, 13 June 2012
Saturday, 5 May 2012
Jadual Penuh peperiksaan 21 - 23 Mei
|
TARIKH
|
MASA
|
PROGRAM
|
KURSUS DAN KOD
|
BIL. CALON
|
TEMPAT
|
|
21 MEI 2012
(ISNIN)
|
8.30 - 11.00 pagi
|
PPG Pendidikan
Islam
|
Pengenalan
Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
(PIM3101)
|
26
|
Bilik E32 & E33
|
|
| |||||
|
23 MEI 2012
|
8.30 - 11.00 pagi
|
PPG Pendidikan
Islam
|
Pedagogi Pendidikan
Islam
(PIM3102)
|
26
|
Bilik Bangi 1
|
Tuesday, 1 May 2012
Tahniah dapat lalui SEM 1 dengan jayanya...
Friday, 13 April 2012
Kemalangan di KM 3 Tamparuli Kundasang
..bermula dari sini turun dari Kundasang menuju Tamparuli terus merempuh pagar rumah mausk ke kawasan lapang..kemalangan berlaku sekitar jam 5.20 petang tadi..
..akhirnya berkesudahan begini bagi mengelakkan..
..terjun ke gaung sedalam 20 meter..
..antara pelajar yang kritikal..
..akhirnya berkesudahan begini bagi mengelakkan..
..terjun ke gaung sedalam 20 meter..
..antara pelajar yang kritikal..
Tuesday, 10 April 2012
Info Interaksi 14 April, Ujian Akhir Kursus
Pada 14 April nanti, dijangkakan Puan Pengarah akan bertemu dengan para pelajar PPG untuk menyampaikan ucapan. Puan Pengarah juga dijangkakan akan menyampaikan baucer buku 1Malaysia.
Sehubungan dengan itu, dipohon agar kesemua ketua opsyen memilih 2 orang pembantu bagi tujuan penyerahan baucer tersebut (1 ketua opsyen + 2 orang pembantu dari kumpulan masing-masing).
Puan Pengarah dijangka akan menyerahkan baucer kepada ketua opsyen dan selesai penyerahan kepada ketua opsyen, ketua opsyen berserta 2 orang pembantu akan menyerahkan baucer kepada pelajar di kumpulan masing-masing.
Perhimpunan bersama pengarah dijangka akan berlangsung pada jam 10.00 pagi.
Kaunter kumpulan akan dibuka di dewan utama dan akan dikendalikan oleh urusetia (1 ketua opsyen + 2 orang pembantu)
Ketua opsyen diminta untuk berada di dewan utama pada jam 9.00 pagi manakala para pelajar PPG akan menuju ke dewan pada jam 9.45 pagi.
PENGUMUMAN TARIKH UJIAN AKHIR KURSUS PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU
AMBILAN FEBRUARI 2012 PADA 29 APRIL 2012
(AHAD)
AMBILAN FEBRUARI 2012
|
KURSUS
|
JAM
|
TEMPAT
|
Pendidikan
Islam
|
WAJ3101
Tamadun
Islam
|
8.00
PAGI - 9.30 PAGI
|
DEWAN
UTAMA
|
Pendidikan
Bahasa Melayu
|
|||
Pendidikan
Islam
|
WAJ3102
English
Language Proficiency I
|
10.15
PAGI - 11.45 PAGI
|
DEWAN
UTAMA
|
Pendidikan
Bahasa Melayu
|
|||
Pendidikan
Islam
|
WAJ3105
Literasi
Nombor
|
1.00
PETANG - 2.30 PETANG
|
DEWAN
UTAMA
|
Pendidikan
Bahasa Melayu
|
NOTA: 1.Peperiksaan dijangka akan diadakan pada 19
– 20 Mei 2012.
2.Jadual
peperiksaan akan dimaklumkan kemudian.
Saturday, 31 March 2012
Friday, 30 March 2012
Agihan Baucer Buku 1Malaysia
Akan dilaksanakan pada 14 April, jam 10.00 - 10.30 dan 12.30-2.00pm di Dewan Utama IPGK Gaya. Tempoh sahlaku baucer hingga 30 April 2012. Sila ambil perhatian! - info Penyelaras PPG
Subscribe to:
Posts (Atom)











