Wednesday, 13 June 2012

Info interaksi Julai 2012

Dimaklumkan bahawa interaksi ppg sesi Jun-Nov 2012 yang dijadual akan bermula pada bulan Jun telah ditunda ke bulan Julai.

Kemungkinan besar interaksi pertama akan bermula pada 7 Julai 2012.

Ini adalah kerana tutorial tambahan akan cuba dilaksana untuk pelajar yang gagal pada bulan Jun kerana peperiksaan ulangan dijadual bermula 5 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012.

Saya akan membentang perubahan jadual interaksi dan setelah mendapat kelulusan dari pengurusan, saya akan emel kepada tuan dan puan. Mohon tunggu untuk tempoh masa seminggu lagi.

Keputusan peperiksaan akan dibentang oleh setiausaha peperiksaan pada 22.6.2012 di IPGK Gaya dan beliau akan bentang sekali di majlis senat IPGM Cyberjaya pada 28.6.12 (terlalu dekat dengan peperiksaan ulangan). Saya akan cuba dapatkan kebenaran untuk maklumkan pelajar keputusan peperiksaan setelah dibentang di IPGK Gaya pada 22.6.2012 namun ianya bergantung kepada kelulusan pengurusan. Kebiasaannya setelah dibentang di majlis senat barulah ianya dianggap keputusan rasmi secara mutlak.

Semasa menghadiri mesyuarat ppg di Kuala Lumpur hujung bulan lepas, kami diperlihatkan sistem keputusan peperiksaan secara online yang dijangkan akan dilaksana sepenuhnya dalam tempoh masa sebulan atau dua. Sistem tersebut masih melalui percubaan. Sekiranya dilaksana sepenuhnya nanti, kesemua pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan penuh setiap semester dengan menggunakan no kad pengenalan dan no kad pelajar.

Sila hubungi saya sekiranya ada pertanyaan. Jikalau anda telefon dan saya tak dapat jawab, ini mungkin disebabkan saya tengah mesyuarat. Sila sms atau emel.

Info dari Penyelaras PPG IPGK Gaya

Saturday, 5 May 2012

Jadual Penuh peperiksaan 21 - 23 Mei



TARIKH

MASA

PROGRAM

KURSUS DAN KOD

BIL. CALON

TEMPAT

  
21 MEI 2012
(ISNIN)


8.30 - 11.00 pagi


PPG Pendidikan Islam
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
(PIM3101)



26


Bilik E32 & E33





 23 MEI 2012
(RABU)
 8.30 - 11.00 pagi
PPG Pendidikan Islam
Pedagogi Pendidikan Islam
(PIM3102)
  
26

Bilik Bangi 1

Tuesday, 1 May 2012

Tahniah dapat lalui SEM 1 dengan jayanya...

walau ada lagi peperiksaan Akhir Semester 21-23 Mei ini, kalian sudah berjaya lalui pembelajaran Sem 1 dengan jayanya..moga dapat bertemu lagi sem 2 nanti ..insyaAllah..

Friday, 13 April 2012

Kemalangan di KM 3 Tamparuli Kundasang

..bermula dari sini turun dari Kundasang menuju Tamparuli terus merempuh pagar rumah mausk ke kawasan lapang..kemalangan berlaku sekitar jam 5.20 petang tadi..

..akhirnya berkesudahan begini bagi mengelakkan..

..terjun ke gaung sedalam 20 meter..


..antara pelajar yang kritikal..

Tuesday, 10 April 2012

Info Interaksi 14 April, Ujian Akhir Kursus


Pada 14 April nanti, dijangkakan Puan Pengarah akan bertemu dengan para pelajar PPG untuk menyampaikan ucapan. Puan Pengarah juga dijangkakan akan menyampaikan baucer buku 1Malaysia.

Sehubungan dengan itu, dipohon agar kesemua ketua opsyen memilih 2 orang pembantu bagi tujuan penyerahan baucer tersebut (1 ketua opsyen + 2 orang pembantu dari kumpulan masing-masing).

Puan Pengarah dijangka akan menyerahkan baucer kepada ketua opsyen dan selesai penyerahan kepada ketua opsyen, ketua opsyen berserta 2 orang pembantu akan menyerahkan baucer kepada pelajar di kumpulan masing-masing.

Perhimpunan bersama pengarah dijangka akan berlangsung pada jam 10.00 pagi.

Kaunter kumpulan akan dibuka di dewan utama dan akan dikendalikan oleh urusetia (1 ketua opsyen + 2 orang pembantu)

Ketua opsyen diminta untuk berada di dewan utama pada jam 9.00 pagi manakala para pelajar PPG akan menuju ke dewan pada jam 9.45 pagi.



PENGUMUMAN TARIKH UJIAN AKHIR KURSUS PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
 AMBILAN FEBRUARI 2012 PADA 29 APRIL 2012 (AHAD)

AMBILAN FEBRUARI 2012

KURSUS
JAM
TEMPAT
Pendidikan Islam


WAJ3101
Tamadun Islam


8.00 PAGI - 9.30 PAGI


DEWAN UTAMA
Pendidikan Bahasa Melayu





Pendidikan Islam

WAJ3102
English Language Proficiency I



10.15 PAGI - 11.45 PAGI

DEWAN UTAMA

Pendidikan Bahasa Melayu





Pendidikan Islam


WAJ3105
Literasi Nombor

1.00 PETANG - 2.30 PETANG

DEWAN UTAMA
Pendidikan Bahasa Melayu


NOTA:     1.Peperiksaan dijangka akan diadakan pada 19 – 20 Mei 2012.
                                2.Jadual peperiksaan akan dimaklumkan kemudian.

Saturday, 31 March 2012

Tugasan WAJ3101

 




SILA KLIK IMEJ THEN LETAK CURSOR PADA IMEJ KLIK RIGHT BUTTON MOUSE PILIH OPTION 'SAVE PICTURE AS'





Friday, 30 March 2012

Agihan Baucer Buku 1Malaysia

Akan dilaksanakan pada 14 April, jam 10.00 - 10.30 dan 12.30-2.00pm di Dewan Utama IPGK Gaya. Tempoh sahlaku baucer hingga 30 April 2012. Sila ambil perhatian! - info Penyelaras PPG