Tugas
Pendakwah
Tugas para pendakwah Islam adalah
menyebarkan risalah Islam dengan melaksanakan amal kebaikan dan mencengah
kemaksiatan atau pun kemungkaran.Amal kebaikan yang dilaksanakan bukanlah
sekadar amal individu tetapi termasuk dari individu,keluarga,masyarakat dan
negara.Mencengah kemaksiatan ataupun kemungkaran juga bukanlah kemaksiatan
ataupun kemungkaran pada individu saja tetapi termasuk juga keluarga,masyarakat
dan negara.
Tugas dakwah adalah fardhu ain dan
wajib ke atas setiap individu sebagaimana firman Allah :
وَالْعَصْرِ (١)إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢)إِلا الَّذِينَ آمَنُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)
1. Demi Masa! 2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian – 3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
(Al Ashr : Ayat 1 – 3)

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ
بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
(١٠٤)
104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. (Ali Imran : Ayat 104)

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ
وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ
سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (٧١)
71. Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At Taubah : Ayat 71)

Walaupun tugas dakwah adalah
tanggungjawab setiap individu, itu bukan bermakna seseorang hanya perlu
berdakwah secara individu tanpa menyertai sesebuah jemaah.Dakwah adalah lebih
berkesan jika pelaksanaannya dilakukan secara berjemaah kerana apabila secara
berjemaah maka proses dakwah dan tarbiah akan disusun secara lebih
bersistematik dan lebih konsisten.
Firman Allah :
وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ
اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ (٥٦)
56. Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu penolongnya (dapatlah ia kemenangan), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada Agama (Hizbullah) ) Allah, itulah Yang tetap menang.(Al Maidah : Ayat 56)

Asal makna Hizb ialah satu
golongan berhimpun atau berkumpul kerana sesuatu perkara yang mengancam mereka
atau sesuatu musibah yang menimpa mereka (Al-Asas fi Al-Tafsir)
Pendakwah
di Pintu Neraka
Tugas pendakwah adalah memaksimakan
tenaga gerak kerja untuk memastikan amal kebaikan tersebar dan mencengah
kemaksiatan atau kemungkaran untuk memastikan keadaan jahiliah menjadi bersinar
dengan cahaya Islam, namun walaupun selepas dari jahiliah akan berubah kepada
kebaikan itu belum menjamin sesuatu kebaikan tersebut akan terus berkekalan
kerana proses dakwah dan tarbiah adalah wujud dengan gerakan atau pun jemaah.
Dan kesilapan yang menyebabkan dari kebaikan berubah kepada kejahilan apabila
wujudnya jemaah yang bergerak tidak mengikut cara Islam tetapi bergerak
mengikut sistem liberal,kapitalis,sekular dan sebagainya.
Kini telah wujud gerakan yang
berjenamakan Islam tetapi gerak kerja mengikut telunjuk-telunjuk
liberal,kapitalis,sekular dan sebagainya.Sebenarnya gerakan liberal dan
seangkatannya segaja menjenamakan gerakan mereka atas jenama Islam untuk memudahkan
mereka menyebarkan dakyah mereka tanpa disedari oleh masyarakat yang kurang
faham berkaitan Islam.
Malah perkara telah dicatatkan dan
diberitahu oleh Rasulullah S.A.W bersandarkan hadith,
Daripada Huzaifah bin Yaman yang
bermaksud :
Aku (Huzaifah) bertanya “Ya Rasulullah,sesungguhnya kami dahulunya berada dalam jahiliah dan kejahatan maka Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami.Apalah selepas ini akan ada kejahatan?”
Nabi menjawab “Ya”
Aku bertanya lagi “Apakah selepas kejahatan itu akan datang pula kebaikan?”
Nabi menjawab “Ya tetapi akan ada bersamanya dakhnun (asap)”
Aku bertanya lagi “Apakah asap itu ya Rasulullah?”
Beliau menjawab “Golongan yang tidak lagi mengikut landasan sunnahku dan mereka tidak menggunakan petunjuk yang aku bawa.Kamu akan mengenali dan mengingkari mereka”
Aku seterusnya bertanya “Apakah selepas kebaikan ini akan ada pula kejahatan?”
Nabi berkata “Ya,akan datang pendakwah-pendakwah di pintu neraka.Sesiapa yang mengikut mereka akan dicampakkan ke dalamnya”
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Syeikh Said Hawa ada mengatakan
“Marhalah dakhnun atau asap berterusan hingga ke zaman kita hari ini dan era
kita sekarang adalah era lahirnya pendakwah-pendakwah di pintu neraka”.
(al-Madkhal Ila Dakwah al-Ikhwan al-Muslimun)
(al-Madkhal Ila Dakwah al-Ikhwan al-Muslimun)
Ciri-ciri
jemaah yang mengikut aliran liberal dan seangkatannya
1. Kesamaan Agama.
·
Mereka
mentafsir bahawa semua agama adalah sama.
·
Mereka
mengatakan seseorang yang dari beragama Islam boleh menukar ke agama lain
kerana semua agama adalah sama.
2. Hadith tidak lagi relevan.
·
Mereka
mengatakan hadith tidak berasal dari Nabi atau pun Rasul dan ianya dicipta oleh
individu-individu yang mempunyai kepentingan tertentu.
·
Mereka
mengatakan hadith berkaitan akhir zaman,azab kubur dan hari khiamat adalah
hadith yang menceritakan kisah dogeng untuk menakut-nakutkan manusia.
3. Nabi manusia biasa
·
Mereka
mengatakan Nabi dan Rasul adalah manusia biasa dan boleh dikritik oleh sesiapa
saja.
·
Mereka
mengatakan sunnah tidak relevan dan hanya di amalkan oleh golongan arab zaman
dulu.
·
Mereka
mengatakan kisah mukjizat Nabi dan Rasul adalah cerita rekaan untuk manusia
mengangungkan Nabi dan Rasul.
4. Tafsiran Al Quran secara bebas
·
Mereka
mentafsir al Quran mengikut akal mereka semata-mata tanpa merujuk sejarah
penurunan ayat al Quran dan tanpa mengikut pandangan Ulama’ yang muktabar
berkaitan ayat-ayat al Quran.
·
Mereka
mentafsir al Quran mengikut nafsu mereka dengan menghalalkan apa yang mengikut
kemahuan mereka dan tidak mengharamkan apa yang diharamkan bersandarkan al
Quran.
5. Hak individu / Hak beragama
·
Mereka
mengatakan seseorang berhak tidak beragama atau pun menukarkan agamanya.
·
Mereka
mengatakan seseorang yang beragama Islam itu berhak mengamalkan atau tidak
mengamalkan ajaran Islam.(Umat Islam yang tidak melaksanakan hukum Islam atau
yang melanggar hukum Islam tidak boleh dihukum).
·
Mereka
mengatakan lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama (sehingga wanita mempunyai
hak menjadi imam kepada makmumnya adalah lelaki dan lelaki dan wanita bercampur
baur semasa menjadi makmum).
Gerakan yang bertopengkan atas jenama Islam sebenar
telah berjaya memanipulasikan pemikiran sebilangan masyarakat kita pada hari
ini,jika diperhatikan pada isu Valentine’s Day 2011 pada baru-baru ini terdapat
gerakan liberal yang berjenamakan Islam bersuara “Valentine’s Day adalah hak
individu dan masyarakat Islam tidak boleh dihalang meraikannya” dan suara
tersebut ada diterima oleh sebilangan masyarakat yang jahil berkaitan sejarah
dan hukum berkaitan Valentine’s Day dan terikut-ikut akan pegangan gerakan
liberal tersebut.
Jika dikaji dan diingati semula.Pernah
seorang wanita yang beragama Islam ditahan oleh majlis agama Islam atas
kesalahan meminum arak dan pesalah tersebut mengaku kesalahannya dan ingin
dihukum hudud iaitu sebatan namun gerakan liberal tersebut kembali bersuara
mengatakan hukuman hudud iaitu sebatan pada peminum arak wanita Muslim adalah
zalim.(Mereka mengatakan hukum Islam zalim)
Gerakan
Islam perlu hadapi Gerakan Liberal dan seangkatannya(yang bertopengkan
Islam)
Mahu
atau tidak mahu Gerakan Islam perlu menghadapi gerakan yang bertopengkan Islam tersebut
dengan berbagai cara dan strategi untuk memastikan dakyah gerakan liberal
tersebut dihentikan.
Mungkin penyebaran risalah atau pena
secara bekertas atau melalui platfom di bloger atau website perlu diteruskan di
samping penjelasan secara berforum atau kempen untuk memastikan masyarakat
semakin sedar kan menjauhi gerakan liberal.
Gerakan-gerakan Islam juga mesti
bersatu dalam memastikan dakyah dari gerakan yang bertopengkan Islam berjaya
dihalang.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment