Saturday 23 June 2012

7 Julai Interaksi Pertama sesi kuliah Sem 2


Salam hormat tuan / puan.


Mohon sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda kerana mungkin ada yang tak dapat maklumat ini.
1. Jadual Interaksi

Disertakan jadual interaksi ppg sesi jun-nov 2012.

Interaksi akan bermula pada 7.7.2012. 

Bilik interaksi pendidikan islam dan baha melayu telah dipindahkan di bangunan berdekatan dengan kantin (seperti tertera di dalam jadual). Bilik interaksi yang baru agak kecil jadi mohon kerjasama anda untuk sesuaikan diri. 

Akan terdapat interkasi yang berlangsung pada bulan puasa.


2.Keputusan peperiksaan dan peperiksaan ulangan

Interaksi sepatutnya bermula hujung bulan Jun tapi saya tundakan ke 7.7.2012.

Ini adalah kerana ramai pelajar Ambilan Jun 2011 yang gagal dan saya berusaha untuk memberi tutorial tambahan kepada mereka yang gagal. 
Masalahnya semasa pembentangan keputusan peperiksaan pada 22.6.2012, saya telah meminta izin dari ahli sidang majlis mesyuarat untuk memaklumkan nama pelajar yang gagal namun saya tidak mendapat keizinan tersebut. Ini adalah kerana keputusan peperiksaan tersebut mesti dibentang dan diluluskan oleh ahli majlis senat IPGM di cyberjaya yang akan berakhir pada 29.6.2012.

Tarikh peperiksaan ulangan pula terlalu dekat dan mungkin bermula pada 7.7.2012. (Jadual penuh peperiksaan ulangan belum diperolehi). Ini bermakna mereka yang gagal akan mula dihubungi pada 2.7.2012. Yang tak dihubungi bermakna anda lulus.

Jika diperhatikan tarikh tersebut (bermula 2.7.2012) bererti peluang untuk melaksana tutorial tambahan untuk mereka yang gagal mungkin tidak dapat dilaksana kerana peperiksaan ulangan akan bermula pada 7.7.2012 (yang gagal terpaksa meninggalkan interaksi pada hari tersebut untuk menduduki peperiksaan ulangan).

Maklumat keputusan peperiksaan yang saya boleh maklumkan hanyalah seperti berikut:

EDU3102           17 orang gagal
TSL3103            13 orang gagal
TSL3104            14 orang gagal
PJM3105            12 orang gagal
PJM3106            14 orang gagal
PIM3101             1 orang gagal
PIM3102             1 orang gagal
BMM3101           1 orang gagal
BMM3117            1 orang gagal

Saya memohon maaf sekiranya tutorial tambahan untuk mereka yang gagal tidak dapat dilaksana kerana saya terpaksa akur kepada peraturan IPG. Sekiranya saya telah diberi keizinan untuk memaklumkan pelajar yang gagal lebih awal maka tentu tutorial tambahan dapat dilaksana.

3.BIG

Big akan mula dilaksana pada semester ini. Kemungkinan besar akan diadakan pada bulan Julai. Penyelaras BIG masih menyusun jadual untuk mengelak BIG diadakan pada bulan puasa. Kami sedang berusaha untuk melaksana BIG di luar IPG kerana keadaan dewan IPG yang panas. Apa pun, kesemuanya bergantung kepada kelulusan pengarah IPG Kampus Gaya.

BIG akan dilaksana dengan dua mod: 1.IPG-based dan 2.Schoolbased
Maknanya hanya beberapa jam sahaja BIG dilaksana di peringkat IPG (taklimat dan garis panduan) tetapi selebihnya pelajar PPG akan melaksana aktiviti BIG di sekolah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Penyelaras PPG IPGK Gaya

No comments:

Post a Comment