Monday 2 July 2012

Jadual ulang peperiksaan Julai 2012


Salam hormat tuan dan puan.

Disertakan jadual peperiksaan ulangan PPG untuk rujukan.

Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan ulangan pada tarikh 7.7.2012,  anda dikehendaki mengikuti peperiksaan ulangan dan setelah anda selesai menduduki peperiksaan ulangan, anda hendaklah mengikuti interaksi. Hari kedua peperiksaan ulangan ialah pada 8.7.2012.

Esok (30 Jun 2012) adalah tarikh yang sepatutnya kita gunakan untuk mengendalikan tutorial tambahan. Malangnya keputusan peperiksaan anda hanya anda ketahui semalam, maka tidak sempat dan tidak ada ruang untuk kita mengadakan tutorial tambahan untuk pelajar yang gagal. Para pensyarah juga mempunyai komiten masing-masing pada minggu ini.

Sungguhpun demikian, saya nasihatkan anda untuk berhubung dengan pensyarah anda untuk meminta nasihat tentang topik-topik yang anda perlu beri tumpuan.

Saya mohon kerjasama tuan / puan untuk berhubung dengan rakan-rakan yang gagal dan perlu menduduki peperiksaan ulangan dan maklumkan mereka tentang jadual peperiksaan ini.

Saya berterima kasih di atas kerjasama tuan / puan di dalam membantu menyampaikan maklumat ini.

No comments:

Post a Comment