Wednesday 13 June 2012

Info interaksi Julai 2012

Dimaklumkan bahawa interaksi ppg sesi Jun-Nov 2012 yang dijadual akan bermula pada bulan Jun telah ditunda ke bulan Julai.

Kemungkinan besar interaksi pertama akan bermula pada 7 Julai 2012.

Ini adalah kerana tutorial tambahan akan cuba dilaksana untuk pelajar yang gagal pada bulan Jun kerana peperiksaan ulangan dijadual bermula 5 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012.

Saya akan membentang perubahan jadual interaksi dan setelah mendapat kelulusan dari pengurusan, saya akan emel kepada tuan dan puan. Mohon tunggu untuk tempoh masa seminggu lagi.

Keputusan peperiksaan akan dibentang oleh setiausaha peperiksaan pada 22.6.2012 di IPGK Gaya dan beliau akan bentang sekali di majlis senat IPGM Cyberjaya pada 28.6.12 (terlalu dekat dengan peperiksaan ulangan). Saya akan cuba dapatkan kebenaran untuk maklumkan pelajar keputusan peperiksaan setelah dibentang di IPGK Gaya pada 22.6.2012 namun ianya bergantung kepada kelulusan pengurusan. Kebiasaannya setelah dibentang di majlis senat barulah ianya dianggap keputusan rasmi secara mutlak.

Semasa menghadiri mesyuarat ppg di Kuala Lumpur hujung bulan lepas, kami diperlihatkan sistem keputusan peperiksaan secara online yang dijangkan akan dilaksana sepenuhnya dalam tempoh masa sebulan atau dua. Sistem tersebut masih melalui percubaan. Sekiranya dilaksana sepenuhnya nanti, kesemua pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan penuh setiap semester dengan menggunakan no kad pengenalan dan no kad pelajar.

Sila hubungi saya sekiranya ada pertanyaan. Jikalau anda telefon dan saya tak dapat jawab, ini mungkin disebabkan saya tengah mesyuarat. Sila sms atau emel.

Info dari Penyelaras PPG IPGK Gaya

1 comment: