Friday, 7 September 2012

PIM3104: Aqidah





Kepada semua peserta PPG (PA) diminta membawa sukatan pelajaran dari Tahun 1 hingga Tahun 6 bahagian Aqidah SAHAJA. Sila ambil maklum. Sebarang info tambahan sila hubungi Ustazah Hamidah 0138808600

Berikut adalah tajuk besar Bhg. Aqidah SR sebagaimana yg dicatat dalam SP KPM:


2. Asas 'Ulum Syarlyah.
2.1. Akidah :-
2.1.1 Pengertian Rukun lman.
2.1.2 Beriman kepada Allah.
2.1.3 Beriman kepada Malaikat.
2.1.4 Beriman kepada Rasul.
2.1.5 Beriman kepada Kitab-kitab.
2.1.6 Beriman kepada Had Akhirat.
2.1.7 Beriman kepada Qada' dan Qadar.
2.1.8 Pengertian Rukun Islam :-
2.1.8.1 Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.
2.1.8.2 Menunaikan solat fardu.
2.1.8.3 Berpuasa di bulan Ramadan.
2.1.8.4 Mengeluarkan Zakat
2.1.8.5 Mengerjakan Haji         
2.1.9 Allah bersifat
2.1.9.1 Wujud.
2.1.9.2 Qidam.
2.1.9.3 Baqa'.
2.1.9.4 Mukhalafatuhu lil hawadith.
2.1.9.5 Qiamuhu bi nafsih.
2.1.9.6 Wandaniah.
2.1.9.7 Qudrat.
2.1.9.8 lradah.
2.1.9.9 Ilmu.
2.1.9.10 Hayat.
2.1.9.11 Sama`.
2.1.9.12 Basar.
2.1.9.13 Kalam.
2.1.10 Nama-nama Allah (Al-Asma' al-Husna) yang berikut
2.1.10.1 Al-Rahman.
2.1.10.2 Al-Rahim.
2.1.10.3 Al-Afuw.
2.1.10.4 Al-Ghafur.
2.1.10.5 Al-Shakur.
2.1.10.6 Al-Salam
2.1.10.7 Al-Hadi.
2.1.10.8 Al-Sabur.
2.1.10.9 Al-Hakim.
2.1.10.10 Al-Hasib.
2.1.10.11 Zu al-Jalali wal ikram.
2.1.11 Pengertian Dosa dan pahala.
2.1.12 Pengertian dosa kecil dan dosa besar.
2.1.13 Pengertian syirik.
2.1.14 Sam‘iyyat :-
a. Pengertian.
b. Perkara-perkara sam‘iyyat.

Saturday, 28 July 2012

Sunday, 15 July 2012

Masalah paparan Teks AL-Quran dalam modul PIM3103?

Sila download perisian QuranInWord1.3 di sini ,  moga ini dapat bantu masalah yang anda hadapi..

Monday, 2 July 2012

Jadual ulang peperiksaan Julai 2012


Salam hormat tuan dan puan.

Disertakan jadual peperiksaan ulangan PPG untuk rujukan.

Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan ulangan pada tarikh 7.7.2012,  anda dikehendaki mengikuti peperiksaan ulangan dan setelah anda selesai menduduki peperiksaan ulangan, anda hendaklah mengikuti interaksi. Hari kedua peperiksaan ulangan ialah pada 8.7.2012.

Esok (30 Jun 2012) adalah tarikh yang sepatutnya kita gunakan untuk mengendalikan tutorial tambahan. Malangnya keputusan peperiksaan anda hanya anda ketahui semalam, maka tidak sempat dan tidak ada ruang untuk kita mengadakan tutorial tambahan untuk pelajar yang gagal. Para pensyarah juga mempunyai komiten masing-masing pada minggu ini.

Sungguhpun demikian, saya nasihatkan anda untuk berhubung dengan pensyarah anda untuk meminta nasihat tentang topik-topik yang anda perlu beri tumpuan.

Saya mohon kerjasama tuan / puan untuk berhubung dengan rakan-rakan yang gagal dan perlu menduduki peperiksaan ulangan dan maklumkan mereka tentang jadual peperiksaan ini.

Saya berterima kasih di atas kerjasama tuan / puan di dalam membantu menyampaikan maklumat ini.

Tuesday, 26 June 2012

Keputusan Peperiksaan dan BIG

Salam hormat tuan / puan.

Saya mohon maaf kerana saya tidak dapat memberi sebarang maklumat lanjut berkenaan keputusan peperiksaan.

Ianya di luar bidang kuasa saya seperti mana yang saya maklumkan kepada tuan / puan dari semester 1 lagi.

Saya dah cuba mana yang terdaya tetapi tak berjaya.

Saya faham kerisauan tuan / puan namun orang yang sesuai untuk tuan / puan bertanyakan keputusan peperiksaan ialah En. Abdullah Atu (Setiausaha Peperiksaan: 019-8808817).

Berkenaan BIG, kemungkinan ianya akan diadakan pada 14.7.2012.

Sekian, terima kasih.


Pesanan dai meja Penyelaras PPG IPGK Gaya

Saturday, 23 June 2012

7 Julai Interaksi Pertama sesi kuliah Sem 2


Salam hormat tuan / puan.


Mohon sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda kerana mungkin ada yang tak dapat maklumat ini.
1. Jadual Interaksi

Disertakan jadual interaksi ppg sesi jun-nov 2012.

Interaksi akan bermula pada 7.7.2012. 

Bilik interaksi pendidikan islam dan baha melayu telah dipindahkan di bangunan berdekatan dengan kantin (seperti tertera di dalam jadual). Bilik interaksi yang baru agak kecil jadi mohon kerjasama anda untuk sesuaikan diri. 

Akan terdapat interkasi yang berlangsung pada bulan puasa.


2.Keputusan peperiksaan dan peperiksaan ulangan

Interaksi sepatutnya bermula hujung bulan Jun tapi saya tundakan ke 7.7.2012.

Ini adalah kerana ramai pelajar Ambilan Jun 2011 yang gagal dan saya berusaha untuk memberi tutorial tambahan kepada mereka yang gagal. 
Masalahnya semasa pembentangan keputusan peperiksaan pada 22.6.2012, saya telah meminta izin dari ahli sidang majlis mesyuarat untuk memaklumkan nama pelajar yang gagal namun saya tidak mendapat keizinan tersebut. Ini adalah kerana keputusan peperiksaan tersebut mesti dibentang dan diluluskan oleh ahli majlis senat IPGM di cyberjaya yang akan berakhir pada 29.6.2012.

Tarikh peperiksaan ulangan pula terlalu dekat dan mungkin bermula pada 7.7.2012. (Jadual penuh peperiksaan ulangan belum diperolehi). Ini bermakna mereka yang gagal akan mula dihubungi pada 2.7.2012. Yang tak dihubungi bermakna anda lulus.

Jika diperhatikan tarikh tersebut (bermula 2.7.2012) bererti peluang untuk melaksana tutorial tambahan untuk mereka yang gagal mungkin tidak dapat dilaksana kerana peperiksaan ulangan akan bermula pada 7.7.2012 (yang gagal terpaksa meninggalkan interaksi pada hari tersebut untuk menduduki peperiksaan ulangan).

Maklumat keputusan peperiksaan yang saya boleh maklumkan hanyalah seperti berikut:

EDU3102           17 orang gagal
TSL3103            13 orang gagal
TSL3104            14 orang gagal
PJM3105            12 orang gagal
PJM3106            14 orang gagal
PIM3101             1 orang gagal
PIM3102             1 orang gagal
BMM3101           1 orang gagal
BMM3117            1 orang gagal

Saya memohon maaf sekiranya tutorial tambahan untuk mereka yang gagal tidak dapat dilaksana kerana saya terpaksa akur kepada peraturan IPG. Sekiranya saya telah diberi keizinan untuk memaklumkan pelajar yang gagal lebih awal maka tentu tutorial tambahan dapat dilaksana.

3.BIG

Big akan mula dilaksana pada semester ini. Kemungkinan besar akan diadakan pada bulan Julai. Penyelaras BIG masih menyusun jadual untuk mengelak BIG diadakan pada bulan puasa. Kami sedang berusaha untuk melaksana BIG di luar IPG kerana keadaan dewan IPG yang panas. Apa pun, kesemuanya bergantung kepada kelulusan pengarah IPG Kampus Gaya.

BIG akan dilaksana dengan dua mod: 1.IPG-based dan 2.Schoolbased
Maknanya hanya beberapa jam sahaja BIG dilaksana di peringkat IPG (taklimat dan garis panduan) tetapi selebihnya pelajar PPG akan melaksana aktiviti BIG di sekolah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Penyelaras PPG IPGK Gaya